Jabatan Pengajian Am ditubuhkan sebagai satu jabatan sokongan kepada jabatan-jabatan induk iaitu Jabatan Automotif, Jabatan Bangunan dan Jabatan Elektrik. Jabatan ini melibatkan diri dari segi pembelajaran dan pengajaran matapelajaran Matematik, Bahasa Inggeris, Keusahawanan, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pengajian Malaysia.



Makluman kepada warga kerja ikmkk, pelajar-pelajar ikmkk, mantan pelajar, mantan staf ikmkk dan pengunjung blog ini, bahawa blogmaster blog ini telah membuka satu ruang forum untuk semua yang suka 'berforum'. Anda boleh kemukakan pendapat, kemukakan cerita untuk memeriahkan lagi ruang forum tersebut. Pendaftaran beramai-ramai amat dialu-alukan. Untuk turut serta dalam forum tersebut sila klik untuk kunjungi dan daftar :--------:> JooMBa



AMANAH DAN AMARAH RAKYAT

AMANAH DAN AMARAH RAKYAT
(25 TAHUN MARA)

Majlis Amanah Rakyat
Sebuah nama keramat
Lahir dari percikan amarah
Suatu bangsa yang mundur
Sosio-ekonominya masih menadah
Tangan menjadi peminta
Ditanah airnya yang hampir
Sepuluh tahun merdeka.

Bermula di zaman penjajah
Dikenal dengan
RIDA – Lembaga Kemajuan
Kampung Dan Perusahaan
Suatu bayangan tipis cara Inggeris
Melonggarkan kritik tajam rakyat
Terhadap dasar penjajahan.
RIDA yang berdetik pada
Tahun 1953 ketika bara
Nasionalisma marak menyala
Tidak mampu menampung ghairah
Rakyat merdeka suara Bumiputera
Yang semakin keras bergema
Kemunduran dan kemiskinan
Yang ketara.

Tahun seribu sembilan ratus enam
Puluh lima Kongres Ekonomi
Bumiputera Yang Pertama
Merumuskan segala duka nestapa
Bangsa bahwa kita memiliki telaga
Mengapa masih memegang talinya
Sedang orang mencapai timba
Maka segala gaung amarah
Dileburkan menjadi sumpah
Amanah suatu wawasan
Pada detik 1966 yang menentukan
RIDA pun dikerandakan dalam
Sejarah untuk sebuah nama baru
Yang keramat Majlis Amanah Rakyat.

Kini 25 tahun telah berdetik
MARA mencapai kedewasaan usia
Mungkinkah bakal tiba kongres
Ekonomi Bumiputera
Penyelarasan jalur wawasan
Dua ribuan menilai kembali
Keberkesanan AMARAH dan
Amanah Rakyat yang dipahatkan.


USMAN AWANG
November 1991

Pengambilan Pelajar 2 Kali Setahun Di IKMKK

Pengambilan pelatih baru di IKM Kota Kinabalu dibuat sebanyak 2 (Dua) kali setahun iaitu kemasukan bagi sesi Jan - Jun dan sesi Julai - Disember. Bagi kemasukan kedua - dua sesi ini, borang kemasukan ke IKM perlu dihantar ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu, Sabah atau buat secara Online di http://online.mara.gov.my/ikmonline/.

Borang kemasukan ke IKM boleh didapati di :

- Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu.

- Pejabat MARA Negeri Sabah

- Pejabat MARA Daerah

Sebarang pertanyaan boleh telefon di talian :

Pejabat : 088 - 498197 / 490697
Faks : 088 - 497512

Download Borang Kemasukan ke IKM Kota Kinabalu

Borang Permohonan bagi Kursus Sijil - Sila klik

Borang Permohonan bagi Kursus Jangka Pendek - Sila klik

Maklumat kemasukan ke IKM Kota Kinabalu - Sila klik

Maklumat kursus yang ditawarkan oleh IKM Kota Kinabalu - Sila klik

Maklumat bagi Kursus Jangka Pendek - Sila klik

Kursus-Kursus Yang Ditawarkan Di IKMKK

Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu (IKMKK) menawarkan 6 kursus sepenuh masa. Berikut adalah senarai nama kursus yang dijalankan:

Kursus Sepenuh Masa

· Sijiil Teknologi Automotif (A92)

· Sijil Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan (A11)

· Sijil Teknologi Senibina (E95)

· Sijil Teknologi Bangunan (B91)

· Sijil Teknologi Elektrik Kuasa (Penjaga Jentera A1) (C94)

· Sijil Teknologi Mekanikal Pemanasan, Pengudaraan, Penyaman Udara & Penyejukan (C95)

· Kimpalan 6G - MARA & Petronas

Kursus Separuh Masa (2L)

· Sijil Kemahiran Lepa & Jubin

· Sijil Kemahiran Kerja Aluminium

· Sijil Kemahiran Baik Pulih Enjin Petrol

· Sijil Kemahiran Landskap & Hortikultur

Di sana sini Lawatan Sambil Belajar Ke PC Farm - Kumpulan II
















Pelan ke Institut Kemahiran MARA, Kota Kinabalu, Sabah

Pelan ke Institut Kemahiran MARA, Kota Kinabalu, Sabah